Aplikasi Web 2.0
Web sebagai Platform (the web as platform)
Aplikasi Web 2.0 menggunakan Web atau Internet
sebagai platformnya. Apakah yang dimaksudkan dengan Platform? Platform disini
bermaksud tempat sesuatu aplikasi dijalankan dan contoh Platform yang selalu
digunapakai dan terkenal ialah Windows dimana aplikasi seperti Microsoft
Office, Adobe Photoshop dan sebagainya ada terdapat didalamnya. Menggunakan
Internet sebagai Platform bermaksud aplikasi-aplikasi tersebut dijalankan
secara langsung diatas Internet tanpa menggunakan mana-mana sistem operasi
tertentu. Contoh terbaik adalah Google yang mana ianya boleh diakses dari
mana-mana sistem operasi. Contoh lainnya adalah Yahoo, Flickr dan sebagainya.
Kelebihannya jelas ternyata kerana Web 2.0 ini tidak lagi dibatasi oleh
mana-mana sistem operasi pada Windows bahkan paling mudah untuk digunakan
kerana kita tidak perlu untuk meng ‘install’ apa-apa pun untuk menggunakan
aplikasi-aplikasi ini.
Data adalah ‘Intel’ dalaman seterusnya (Data is
the Next Intel Inside)
Kekuatan aplikasi Web 2.0 terletak pada data.
Aplikasi-aplikasi Internet yang terhasil sentiasa disokong oleh asas data yang
kuat dan unik. Contohnya adalah Google yang mana kekuatannya terletak pada
pengumpulan dan penterjemahan data dari halaman-halaman Web di Internet. Contoh
lainnya adalah Amazon yang memiliki data buku yang luas dan bukan hanya lengkap
tetapi juga penuh dengan maklumat seperti mengulas sesebuah buku, penilaian
sesebuah buku dari pengguna, link ke buku-buku lain, dan sebagainya. Ini jelas
menunjukkan perusahaan yang unggul adalah perusahaan yang dapat menguasai data
itu sendiri.

Sumber : http://shahnizamsamat.blogspot.co.id/p/ciri-ciri-web-20_09.html
Komentar
Posting Komentar